Alumni STDC
Graduan yang telah tamat pengajian di STDC dan telah dianugerahkan sijil masing-masing di Majlis Konvokesyen STDC merupakan alumni STDC secara sah. Tiada borang pendaftaran untuk bergelar Alumni STDC (ALIIC), tetapi setiap graduan dimestikan untuk mengisi 'Borang Maklumat Alumni' yang akan diberikan semasa Majlis Konvokesyen.
ALIIC ditubuhkan dengan beberapa objektif iaitu:
- Mengumpulkan maklumat graduan bagi tujuan kemaskini kerjaya, pendapatan dan peyampaian maklumat berkaitan STDC.
- Membantu ALIIC yang memerlukan dengan membimbing mereka berkaitan tatacara menghadiri temuduga dan penulisan resume yang berkesan.
- Penghebahan peluang kerjaya kepada ALIIC yang sedang mencari pekerjaan.
Selain itu, banyak aktiviti-aktiviti yang telah dan sedang dirangka bagi memperkasakan lagi ALIIC, iaitu:
- Majlis ramah mesra di antara ahli-ahli bagi menjalinkan kembali hubungan keakraban bekas pelajar.
- Program pendidikan dan kerjaya boleh diadakan bagi mengatasi masalah pengganguran di kalangan pelajar.
- Kempen dan promosi untuk pengambilan pelajar baru.
Penubuhan ALIIC adalah bersesuaian dengan keperluan semasa setiap alumni dan juga STDC. Semua pihak akan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kerjasama yang erat dan berpanjangan semestinya akan mengangkat prestij anda sebagai Alumni STDC!
Testimoni
![]() |
Saya memilih belajar di STDC kerana STDC telah terbukti berjaya melahirkan graduan yang berbakat dalam pelbagai bidang. Berkat tunjuk ajar tenaga pengajar yg sentiasa bertungkus lumus dan juga peluang2 yg telah diberikan STDC, saya berjaya membuktikan bahawa saya juga mampu berjaya seperti graduan lain. Saya berjaya mencapai impian saya untuk membuka kedai jahit sendiri dan ternyatalah bahawa keputusan saya untuk memilih bidang jahitan ketika belajar STDC dahulu adalah tidak salah. Kini, saya mampu berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu berharap pada org lain. |
Nurul Patin Izati binti Karim Pengasas Kedai Jahit Cinta Nurniz Enterprise Jeram, Sg Buloh, Selangor Alumni 2013 |
![]() |
Bukan senang mahu berjaya dan memulakan kerjaya sebagai usahawan memandangkan saya berasal daripada keluarga yang sederhana. Jika tidak kerana ilmu yang saya perolehi di STDC, mungkin kejayaan hari ini sukar untuk saya kecapi. Semenjak saya mendalami bidang penyejuk bekuan & penyamanan udara di STDC, saya merasakan terlalu banyak peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan-graduan bidang ini. Tamat pengajian, saya terus sahaja memulakan kerjaya saya sebagai usahawan dan saya tidak lagi menoleh ke belakang untuk bergelar usahawan berjaya. Kini saya telah mampu mengambil dua orang pekerja bagi melancarkan lagi perniagaan saya yang semakin berkembang. Doakan kejayaan saya dan terima kasih STDC! |
Muhammad Faiezin bin Kostor Kontraktor Pemasangan & Servis Penyamanan Udara Pemilik PZN Maju Jaya Enterprise Tanjong Karang, Selangor Alumni 2015 |
![]() |
Tenaga pengajar selalu menekankan "Dimana ada usaha di situ ada kejayaan". Jadi saya sematkan di dalam hati bahawa saya perlu merebut setiap peluang yang di berikan oleh STDC. Tidak dinafikan pihak STDC sering memberi peluang kepada semua pelajar untuk menonjolkan diri dan kemahiran masing - masing. Jadi rebutlah peluang ini untuk menambah pengalaman dan meningkatkan kemahiran diri sendiri. Pada pendapat saya, bidang kecantikan ini mampu bergerak sendiri sekiranya kita pandai mengambil peluang. Terlalu banyak contoh dan cerita dari bekas - bekas pelajar yang boleh kita jadikan panduan dalam usaha kita untuk terus melangkah maju kehadapan. |
Viviana binti Musa Pengusaha Spa/Salon Chinta Sribeauty Ijok, Bestari Jaya, Selangor Alumni 2019 |
![]() |
Apabila melihat ramai rakyat Malaysia yang menunggang motosikal, saya telah berfikir untuk menceburi bidang ini selepas tamat sekolah. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk mempelajari bidang kemahiran berkaitan motosikal di STDC. Saya nekad membuka perniagaan saya sendiri selepas tamat pengajian pada tahun 2011. Saya gembira kerana perniagaan saya semakin hari semakin maju dan saya juga mempunyai ramai pelanggan tetap. Bidang kemahiran memang ternyata dapat menjamin pendapatan yang stabil. Saya gembira kerana telah memilih STDC sebagai tempat meneruskan pengajian saya, ternyata STDC pilihan yang tepat. |
Yap Heng Loong Pemilik YS Heng Motor Sepang, Selangor Alumni 2011 |
![]() |
Saya memang meminati bidang dandanan rambut sejak bangku sekolah lagi. Sejak memasuki STDC, kecintaan saya kepada bidang ini semakin mendalam. Saya tidak menoleh ke belakang lagi dan terus menumpukan usaha untuk bergelar pendandan rambut yang profesional. Berkat bimbingan daripada tenaga pengajar di STDC, kini saya telah pun bekerja di salun ini selama lima tahun. Saya berhasrat untuk membuka salun rambut saya sendiri di sekitar Banting ini satu hari nanti. Saya juga menyeru kepada semua belia di luar sana supaya memilih bidang kemahiran kerana amat mudah mencari pekerjaan dengan sijil kemahiran yang dimiliki asalkan kita gigih berusaha. |
Thinesha a/p Subramanian Pendandan Rambut (Senior) Supercut Unisex Hair Saloon Banting, Selangor Alumni 2013 |
![]() |
Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan pada zaman ini sangat tinggi dan mencabar. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk menyambung pendidikan kemahiran di dalam bidang dandanan rambut di STDC apabila tamat sekolah. Saya melihat bidang ini sangat berpotensi untuk dikembangkan dan saya tidak perlu bersusah payah mencari pekerjaan. Tamat pengajian di STDC, saya telah mengambil keputusan untuk membuka kedai gunting rambut saya sendiri. Alhamdulillah, perniagaan saya semakin berkembang dan pelanggan tidak pernah putus mengunjungi kedai saya. Oleh itu, jika anda berminat mempelajari dunia kemahiran, STDC ada jawapannya! |
Muhammad Zulzafrie bin Jais Pemilik Style Cutz Barber Shop Kuala Langat, Selangor Alumni 2016 |