PELUANG KERJAYA

PERMOHONAN PELAJAR INDUSTRI

Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) adalah sebuah kolej di bawah naungan Kerajaan Negeri Selangor yang menjalankan kursus-kursus Kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran. STDC berbesar hati mempelawa pelajar Institut Pengajian Tinggi yang diiktiraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk menjalani Program Latihan Industri di Selangor Technical Skills Development Centre (STDC), Kuala Selangor dalam bidang pengajian seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda
     
    • Pentadbiran
    • Pengurusan Perniagaan
    • Perakaunan
    • Pemasaran
    • Kewangan
    • Pengurusan Fasiliti
    • Pengurusan Rekod
    • IT Software Engineering


Syarat-Syarat Umum

  1. Lelaki atau perempuan
  2. Warganegara Malaysia
  3. Mempunyai tahap kesihatan yang baik

Manfaat

  1. Kemudahan asrama disediakan
  2. Makan tengahari disediakan

Dokumen yang diperlukan semasa permohonan

Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan untuk menjalani program latihan industri di Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) adalah :

  1. Surat Permohonan Mengikuti Program Latihan Industri daripada institut pengajian; dan
  2. Resume.

Alamat Surat-Menyurat

Jabatan Sumber Manusia
Selangor Technical Skills Development Centre (STDC)
Jalan Semarak
45000 Kuala Selangor
SELANGOR


Pegawai untuk dihubungi
Sebarang persoalan berhubung permohonan ini boleh dirujuk kepada pegawai berikut:

Puan Noridah binti Ismail
Pemangku Pengurus Sumber Manusia
Jabatan Sumber Manusia
E-mel : noridah@inpens.edu.my
Tel : 03-32812619/2617/2621 - samb. 230 Faks : 03-32812627


Jika berminat, emelkan permohonan anda ke noridah@inpens.edu.my/ nafisah@inpens.edu.my

PEGAWAI AKAUN

Pusat Pembangunan Kemahiran Tenknikal Negeri Selangor yang dulu dikenali sebagai INPENS International College, merupakan sebuah kolej di bawah naungan Kerajaan Negeri Selangor yang menjalankan kursus-kursus Kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi SEGERA kekosongan jawatan Pegawai Akaun Sementara di Kampus Kuala Selangor bagi jawatan seperti berikut:

Jawatan : Pegawai Akaun
Taraf Jawatan : Sementara
Tempoh : Maksimum enam (6) bulan


SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia (lelaki);
  2. Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya Sarjana Muda Perakaunan dari IPTA/IPTS;
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan kewangan dan akaun;
  5. Mempunyai pengalaman dalam tugas-tugas audit akan diberikan keutamaan; dan
  6. Mahir menggunakan komputer dan Accounting System

CIRI-CIRI DAN PERSONALITI

  1. Sentiasa bersiap sedia untuk menerima dan menjalankan arahan tugas yang diberikan;
  2. Jujur, amanah dan bertanggungjawab
  3. Boleh bekerja lebih masa, hujung minggu dan Cuti Umum sekiranya diperlukan;
  4. Berpenampilan kemas dan bersih.
  5. Berintegriti dan mempunyai kewibawaan yang tinggi dalam menyimpan kerahsiaan STDC.

CARA MEMOHON
Kemukakan resume/cv berserta gambar berukuran passport terkini dan juga salinan sijil dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan ke alamat berikut:

JABATAN SUMBER MANUSIA
SELANGOR TECHNICAL SKILLS DEVELOPMENT CENTRE (STDC)
JALAN SEMARAK
45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR
(u/p : Puan Noridah Binti Ismail)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 26 FEBRUARI 2021

Sebarang pertanyaan berhubung iklan ini boleh diajukan kepada:
Puan Noridah Binti Ismail
No. Telefon : 03-3281 2617 / 2619 / 2620
E-mel : noridah@stdc.edu.my