KURSUS-KURSUS

Sektor Elektrik


STDC menawarkan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3 dalam bidang Penyelenggaraan & Pemasangan Elektrik dipersijilkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta program Sijil Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A0 dan Pendawai Elektrik PW2/PW4 oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).


Pengenalan program Penjaga Jentera A0 (SEPARUH MASA)


Suruhanjaya Tenaga di bawah peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 telah mentauliahkan STDC menjalankan program secara berterusan dan peperiksaan kekompetenan dalam kategori Penjaga Jentera A0 secara separuh masa.

Kursus dan peperiksaan kekompetenan secara separuh masa ini dapat menyediakan peluang kepada calon-calon persendirian yang sedang bekerja dalam bidang berkaitan untuk menambahkan pengetahuan, meningkatkan kemajuan diri serta kerjaya. Melalui kursus ini, calon-calon dapat mengikuti pelajaran teori dan amali secara teratur dan sistematik dalam masa yang lebih fleksibel sebelum calon-calon tersebut menduduki peperiksaan kekompetenan berkenaan.


Tempoh : 9 Bulan

Jumlah Jam : 480 Jam, 3 Kali Seminggu

Yuran Kursus : RM2850

Syarat Kelayakan Penjaga Jentera A0


>> Bekerja tidak kurang daripada tiga (3) tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup;
>> Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja pengendalian kelengkapan elektrik dan mengawal kelengkapan hidup bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan;
>> Mempunyai penyata KWSP atau SOCSO, bukti pengalaman kerja tiga (3) tahun tersebut atau lebih.


atau


>> Mempunyai perakuan kekompetenan
         - Pendawai PW1/PW2/PW3/PW4/PW6
         - Sijil Politeknik (Kejuruteraan Elektrik)
>> Dengan berpengalaman kerja tidak kurang daripada dua (2) tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup;
>> Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja pengendalian kelengkapan elektrik dan mengawal kelengkapan hidup bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan;
>> Mempunyai penyata KWSP atau SOCSO, bukti pengalaman kerja dua (2) tahun tersebut atau lebih.


 

PERTANYAAN
MOHON KURSUS INI

PELUANG KERJAYA

Pelajar yang telah tamat pengajian di dalam Sektor Elektrik berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya seperti berikut:

>> Penyelia Sistem Elektrik

>> Penjaga Jentera Elektrik

>> Juruteknik

>> Pembantu Teknikal

>> Pegawai Penyelenggaraan