BERITA


MoU AERODYNE DAN STDC BUKA LEMBARAN BAHARU INDUSTRI AEROANGKASA NEGARA

(13/04/2021)

Pada 13 April 2021 telah termeterainya MoU antara Aerodyne Group dan Selangor Technical Skills Development Centre (STDC). Kejayaan MoU ini merupakan sebuah inisiatif di bawah program IKTISASS.
 
Melalui perjanjian persefahaman ini, Aerodyne dan STDC akan dapat membangunkan tenaga pakar dalam bidang teknologi Dron dengan memberi fokus kepada teknologi pertanian akan membuka lembaran baharu dalam pembangunan sumber manusia di Negeri Selangor.
 
Jurupadu dron dan pakar mekanik dron terlatih yang dilahirkan melalui program ini akan membuka peluang pekerjaan baharu. Ini sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga asing khususnya dalam bidang pertanian.
 
Sekalung tahniah kepada 50 orang pelatih dan 20 orang tenaga pengajar yang berjaya menamatkan latihan MRO (Maintenance, Repair and Operations) dron di bawah tajaan Program IKTISASS ini.
 
Semoga dengan kerjasama kedua-dua pihak ini bakal membuka lembaran baharu bagi industri aeroangkasa di Malaysia.