BERITA


STDC JALIN KERJASAMA INDUSTRI BERSAMA NHF HOLDINGS

(12/01/2022)

STDC jalin kerjasama industri bersama NHF Holdings
STDC hari ini menerima lawatan daripada NHF Holdings yang turut menjalankan temu duga terbuka kepada alumni dan pelajar. NHF Holdings yang telah bertapak sejak 40 tahun lalu merupakan industri yang menghasilkan pelbagai alat ganti automotif.
Program dimulakan dengan taklimat kerjaya industri dengan menekankan nilai teras seperti disiplin, prestasi dan beradaptasi dengan perubahan. Agenda program diteruskan dengan temu duga terbuka kepada kumpulan alumni dan seterusnya kepada kumpulan pelajar semasa. Kehadiran NHF hari ini diwakili Pengurus Sumber Manusia, Puan Mahani Amat Sawal dan Pembantu Sumber Manusia, Encik Mohd Farkhan.
Kerjasama ini bukan sahaja memberikan laluan kerjaya kepada kumpulan alumni malahan dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk menceburi kerjaya bersama industri.
STDC sentiasa mengalu-alukan jalinan kerjasama dengan variasi industri demi memenuhi matlamat meningkatkan graduan TVET berkualiti.
Oleh:
Bahagian HEP STDC