BERITA


STDC MENERIMA KUNJUNGAN WAKIL SUMBER MANUSIA TOP GLOVE (FACTORY 4)

(04/02/2022)

STDC bakal kerjasama dengan Top Glove sediakan laluan kerjaya graduan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) STDC hari ini menerima kunjungan wakil Sumber Manusia Top Glove (Factory 4), Encik Ravikumar Guhamani. Kunjungan tersebut bertujuan menyediakan laluan kerjaya dalam bidang teknikal kepada graduan lepasan STDC.

Satu bentuk kerjasama juga diperberbincangkan untuk memberikan latihan industri yang menggunakan pendekatan 'place and train'. Kerjasama ini bukan sahaja memberikan laluan kerjaya kepada kumpulan graduan STDC malahan dapat menambah bilangan graduan yang menceburi kerjaya bersama industri berskala antarabangsa.

STDC sentiasa mengalu-alukan jalinan kerjasama dengan pebagai industri dengan objektif menghasilkan graduan TVET berkualiti.

Oleh:
Bahagian HEP STDC