BERITA


BENGKEL KESEDARAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN (MyCatalyz)

(21/03/2022)

MyCatalyz Bangkitkan Semangat Kewarganegaraan Pelajar STDC

Pada 18 hingga 20 Mac yang lalu, seramai 13 orang pelajar STDC telah terpilih menyertai Bengkel Kesedaran Sivik dan Kewarganegaraan (MyCatalyz) yang dianjurkan pihak Team Selangor.

Bengkel tersebut telah diadakan di Kem Rimba Ulu Kalong, Hulu Yam dengan matlamat memupuk kefahaman dan tanggungjawab anak muda terhadap masyarakat dan negara. Antara pengisian bengkel tersebut adalah memahami pentadbiran negara, mempelajari konsep integriti, memahami sensitiviti masyarakat dan menggalakkan perpaduan berbilang kaum.

Seorang pelajar kursus Kulinari, Muhammad Ikram Abd Rahim yang berkongsi pengalamannya berkata pendedahan kepada anak muda berkaitan kepentingan menjaga keharmonian negara adalah sangat penting.

“Anak muda adalah barisan pelapis kepada keharmonian negara. Anak muda perlu mengetahui dan memahami faktor yang memajukan negara dan juga sebab yang boleh menjejaskan perpaduan di negara kita. Oleh itu, bengkel sebegini memang bagus untuk bangkitkan semangat kami sebagai anak Malaysia”, ujar Muhammad Ikram.

Pihak STDC mengucapkan jutaan terima kasih kepada Team Selangor yang telah menjemput pelajar STDC menyertai bengkel MyCatalyz. Semoga seluruh peserta yang terlibat memperoleh manfaat yang berterusan.

Oleh: Bahagian Hal Ehwal Pelajar STDC
Dikemas kini: 21 Mac 2022

#GraduanTVETBerkualiti #CemerlangBersamaSTDC