BERITA


MAJLIS JALINAN UKHUWAH RAMADAN DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR BERSAMA STDC

(13/04/2022)

KUALA SELANGOR, 13 APRIL: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa berbuka puasa bersama 330 kakitangan dan pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di sini, hari ini.

Ketibaan Dato’ Seri Amirudin Shari di Majlis Jalinan Ukhuwah Ramadan disambut Ketua Pegawai Eksekutif STDC Mohd Asyraf Amin.

Pada majlis tersebut, Amirudin menyerahkan surat tajaan pembelajaran kepada 37 pelajar Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) Tahfiz.

Beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 48 pelajar golongan asnaf tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Dato’ Menteri Besar kemudian menunaikan solat Mahgrib berjemaah di Surau As Salam, STDC