BERITA


PROGRAM PERSEDIAAN MELANGKAH KE ALAM PEKERJAAN STDC 1.0 BERSAMA PERKESO

(15/06/2022)

14 Jun 2022 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama PERKESO telah menganjurkan Program Persediaan Melangkah ke Alam Pekerjaan 1.0 yang bertujuan memberikan informasi berkaitan pelbagai inisiatif yang ditawarkan. Antara inisiatif tersebut ialah Skim Insurans Pekerja (SIP), SIPGig dan MyFutureJobs.

Matlamat utama penganjuran program ini ialah memastikan bakal graduan STDC sentiasa berdaya saing di pasaran kerja selain menambah pengetahuan mereka berkaitan pelbagai faedah yang boleh diterima seorang pekerja.
Dalam masa sama, pelajar yang terlibat di dalam program ini juga telah dibimbing dengan input berkaitan etika menghadiri temu duga.

Justeru penganjuran program sebegini menunjukkan komitmen STDC dalam menjayakan hasrat menghasilkan graduan TVET berkualiti bagi memenuhi kehendak industri.

Oleh:
Bahagian HEP STDC