BERITA


PROGRAM HALA TUJU KERJAYA DAN BENGKEL PENULISAN RESUME BERIMPAK BERSAMA SELANGOR KERJAYA

(15/06/2022)

14 Jun 2022 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan sinergi bersama Selangor Kerjaya telah menjayakan Program Hala Tuju Kerjaya dan Bengkel Penulisan Resume Berimpak.

Objektif utama program ini ialah menyediakan laluan kerjaya kepada pelajar yang bakal tamat pengajian selain membimbing mereka dengan penulisan resume yang berkesan.

Pelajar yang terlibat dalam program ini merupakan kumpulan pelajar teknologi motosikal dan kulinari yang bakal menamatkan pengajian akhir bulan ini.

Adalah diharapkan dengan penganjuran program sebegini, graduan STDC akan lebih berdaya saing di pasaran kerja dengan kualiti dan penampilan yang terbaik.

Oleh:
Bahagian HEP STDC