BERITA


TAKLIMAT POLISI TATACARA MENCUKUPI SEKSYEN 17A, AKTA SPRM 2009

(22/06/2022)

PROGRAM TAKLIMAT POLISI TATACARA MENCUKUPI SEKSYEN 17A, AKTA SPRM 2009 STDC
 
Program Taklimat Polisi Tatacara Mencukupi Seksyen 17A, Akta SPRM 2009 anjuran Jabatan Sumber Manusia yang diadakan pada 22 Jun 2022 (Rabu) bertempat di Dewan Auditorium, STDC telah dihadiri seramai 60 orang kakitangan STDC. Program ini diadakan bertujuan bagi memberi penjelasan dengan lebih terperinci berkenaan dengan pelaksanaan enam polisi Integriti dan Govenans di STDC. Antara enam (6) polisi tersebut ialah Polisi Anti Sogokan dan Rasuah, Polisi Konflik Kepentingan, Polisi Pemberi Maklumat, Polisi Penerimaan dan Pemberian Hadiah, Polisi Etika Kerja dan Polisi Etika Perniagaan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Aizat wakil dari Jabatan Integriti dan Governans MBI. 
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program taklimat ini.
 
Jabatan Sumber Manusia.