BERITA


PERBARISAN KEMERDEKAAN KE-65 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

(05/09/2022)

STDC rangkul tempat ke-3 Perbarisan Kemerdekaan ke-65 Peringkat Negeri Selangor

Kontinjen perbarisan STDC masih meneruskan rentak cemerlang pada Program Sambutan Kemerdekaan ke-65 Peringkat Negeri Selangor dengan merangkul tempat ketiga dalam acara perbarisan bagi kategori badan berkanun. Program berkenaan telah diadakan pada 30 Ogos 2022 lalu bertempat di Dataran Shah Alam dan telah disempunakan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari.

Untuk rekod, kontinjen STDC pernah menjadi juara dalam perbarisan sama pada tahun 2016 dan 2017. Manakala pada 2018 dan 2019 pula, kontinjen ini berjaya mendapat tempat ketiga.

Kontinjen tahun ini dianggotai seramai 43 orang pelajar STDC telah dibimbing oleh Kapten Bersekutu (PA) Mohd Rusman bin Husin. Motto kontijen yang dipilih tahun ini ialah 'Ke Arah Graduan TVET Berkualiti' dengan iltizam menghasilkan graduan TVET yang berkualiti seiring permintaan industri. Tema pakaian kontinjen pula adalah Baju Melayu Cekak Musang berwarna merah yang dilengkapi dengan samping dan tanjak songket yang melambangkan semangat dan keberanian pahlawan Melayu.

Semoga kecemerlangan kontinjen STDC akan berterusan pada tahun-tahun berikutnya!

Dikemaskini: Bahagian HEP STDC
5 September 2022

#GraduanTVETBerkualiti
#KitaSelangor
#TeguhBersama