PENGUMUMAN


KEMASUKAN PELAJAR SECARA FIZIKAL KE STDC BERPERINGKAT

(11/10/2021)

PEMBUKAAN SEMULA SEKTOR PERKHIDMATAN LATIHAN KEMAHIRAN DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA BAGI SEMUA FASA

Selaras dengan kelulusan MKN pada 30 September 2021, sektor perkhidmatan latihan kemahiran dibenarkan untuk dibuka semula di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) tertakluk kepada pematuhan sepenuhnya perkara-perkara berikut:

  1. SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Berfasa;
  1. Garis Panduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Kemasukan Pelajar ke Kampus lnstitusi Pengajian Pendidikan Tinggi Secara Berperingkat Bermula 15 Oktober 2021 yang sedang berkuatkuasa dan boleh di akses pada pautan:
    https://www.mohe.gov.my/hebahan/infografik/kemasukan-pelajar-ke-kampus-ipt-secara-berperingkat-mulai-15-oktober-2021?tmpl=component&print=1&layout=default

  2. Hanya pelajar dan kakitangan yang telah lengkap proses vaksinasi dibenarkan masuk ke Pusat Bertauliah (PB) Awam Dan Swasta secara fizikal.

  3. Pematuhan sepenuhnya ke atas semua protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti pemeriksaan suhu badan, mengimbas MySejahtera, mengamalkan penjarakan fizikal, penggunaan hand sanitizer dan sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa; dan

  4. Sebarang penglibatan individu dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Person Under Surveillance (PUS) dan sedang dalam Perintah Kuarantin adalah TIDAK DIBENARKAN.