PENGUMUMAN


PEMBENTANGAN BELANJAWAN SELANGOR 2022

(26/11/2021)

Seperti tahun-tahun sebelumnya, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor akan membentangkan Belanjawan Selangor di Dewan Undangan Negeri Selangor. Untuk tahun ini, pembentangan Belanjawan Selangor 2022 telah ditetapkan pada 26 November 2022.

 

Selaku media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, Media Selangor akan membuat liputan menyeluruh setiap kali pembentangan Belanjawan Selangor. Liputan merangkumi akhbar SelangorKini dalam Bahasa Malaysia, Mandarin dan Tamil; akhbar Selangor Journal; portal berita dalam empat bahasa dan juga media sosial.

 

Ikuti liputan menyeluruh Belanjawan Selangor 2022 pada Jumaat ini jam 3 petang secara langsung di saluran YouTube SelangorTV.

 

Liputan langsung juga boleh diikuti di portal berita Selangorkini dalam Bahasa Malaysia, Mandarin & Tamil dan juga di portal berita Selangor Journal dalam Bahasa Inggeris.

 

Edisi khas Selangorkini Belanjawan Selangor 2022 juga boleh didapati dalam edisi cetak dan digital yang akan mula diedarkan pada 27 November 2021.

 

SUBSCRIBE SelangorTV di YouTube https://www.youtube.com/c/TVSelangorMY

 

SelangorTV

FACEBOOK : https://www.facebook.com/SelangorTV

 

MediaSelangor

FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor

TWITTER : https://twitter.com/media_selangor

INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor

TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor

 

#Selangor2022 #BelanjawanSelangor2022