PENGUMUMAN


PERKHIDMATAN DIAGNOSIS KEROSAKAN BARANGAN ELEKTRIK KEPADA MANGSA BANJIR

(28/12/2021)

SHAH ALAM, 28 DIS: Mangsa banjir yang ingin membaiki alatan elektrik secara percuma boleh berbuat demikian di Dewan Azalea, Taman Sri Muda di sini bermula hari ini.

Program selama lima hari mulai jam 10 pagi hingga 5 petang melibatkan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor dan komuniti membaiki alatan.