Selangor Technical Development Centre (STDC) telah memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama BMW Group Malaysia, menandakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan pembangunan tenaga mahir automotif bertaraf dunia.
Kerjasama strategik ini merupakan inisiatif penting dalam memperkukuhkan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) di Malaysia melalui pelaksanaan BMW Next Generation Technician (BMW NextGT) Programme — sebuah program yang bertujuan melahirkan tenaga mahir tempatan yang kompeten, inovatif dan sejajar dengan keperluan industri automotif masa hadapan.
Majlis menandatangani perjanjian ini turut disaksikan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, serta YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor.
STDC komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama rakan industri dalam melahirkan modal insan berkualiti tinggi, seiring aspirasi negeri Selangor dan negara untuk menjadi hab teknologi dan kemahiran bertaraf dunia.
#STDC#BMWGroupMalaysia#MoU#BMWNextGT#TVET#AutomotiveExcellence#FutureSkills#SmartSelangor#IndustryPartnership

