STDC

Students

CONVOCATION

Setelah menamatkan pengajian di STDC, pelajar akan melalui adat istiadat Majlis Konvokesyen untuk mendapatkan sijil rasmi penamatan pengajian. Ikuti garis panduan berikut untuk memastikan Majlis Konvokesyen anda dapat disempurnakan dengan baik.

Tarikh Raptai : 25 Julai 2025, Jumaat
Tarikh Majlis Konvokeysen : 26 Julai 2025, Sabtu
Tempat : Auditorium, Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor.

  1. Graduan diwajibkan menghadiri Majlis Raptai pada hari Jumaat, 25 Julai 2025 jam 9.00 pagi di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SUK), Shah Alam.
  2. Tujuan untuk menentukan kedudukan tempat dan latihan sebenar Majlis Konvokesyen berlangsung. Graduan yang tidak menghadiri raptai tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan semasa hari konvokesyen.
  3. Rambut dan pakaian graduan adalah kemas dan terampil.
  4. Graduan akan diberi taklimat khas dan latihan tatacara raptai ketika menerima ‘folder’ di atas pentas dengan mengikut setiap sektor.
Aturcara Raptai (25 Julai 2025, Jumaat)
  • 9.00 pagi
    – Pendaftaran graduan (di lobi Dewan Jubli Perak).
    – Pengesahan kehadiran dan bayaran yuran Konvokesyen (di lobi Dewan Jubli Perak)..
  • 10.00 pagi
    – Taklimat Raptai Konvokesyen (di dalam Dewan Jubli Perak, Shah Alam).
    – Serahan Jubah STDC (di lobi Dewan Jubli Perak).
    – Bersurai
  1. Jubah konvokesyen STDC akan dipinjamkan kepada setiap graduan dan perlu dipulangkan semula. Semua graduan wajib mengambil jubah konvokesyen di kaunter jubah pada hari Jumaat 25 Julai 2025 iaitu selepas tamat majlis raptai.
  2. Graduan digalakkan menggosok/seterika jubah konvo supaya tidak kelihatan berkedut. Jika terkoyak graduan perlu membayar kos kerosakan jubah tersebut.
  3. Semua jubah wajib dipulangkan dalam keadaan baik selepas tamat Majlis Konvokesyen sebelum jam 1.00 tengahari di kaunter jubah.
  4. Denda akan dikenakan sebanyak RM10.00 seorang jika graduan lewat memulangkan jubah dan caj tambahan RM1.00 akan dikenakan jika pulang jubah pada hari yang berikutnya.
  5. Graduan boleh memakai jubah untuk bergambar kenangan foto bersama keluarga di ruang lobi dewan atau di studio STDC selepas majlis konvokesyen berlansung.
  6. Graduan tidak dibenarkan meminda/mengubahsuai jubah STDC yang dipinjamkan. Jika didapati ada, caj bayaran akan dikenakan.
  1. Semua graduan dikehendaki mendaftar di Kaunter Pendaftaran sebelum majlis bermula (seawal jam 7.30 pagi).
  2. Semua graduan akan diberikan kad nama untuk tujuan naik ke atas pentas.
  3. Graduan perlu simpan kad nama untuk diberikan kepada pengacara majlis, sebelum graduan naik ke pentas untuk menerima ‘folder’ STDC.

Semua graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah berpakaian seperti berikut:

A. Graduan Lelaki

  1. Pakaian yang bersesuaian dengan majlis rasmi.
  2. Baju melayu hendaklah lengkap bersampin.
  3. Baju kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam (seluar jeans/pakaian sukan tidak dibenarkan).
  4. Kasut bertutup warna gelap (kasut sukan/selipar/sandal tidak dibenarkan).


B. Graduan Perempuan

  1. Pakaian yang bersesuaian dengan majlis rasmi.
  2. Baju/blaus berlengan panjang yang menutup hingga ke leher (seluar jeans/pakaian sukan tidak dibenarkan).
  3. Jika memakai skirt, hendaklah melepasi paras lutut.
  4. Graduan yang beragama islam wajib berbaju kurung dan bertudung.
    v Graduan yang bukan beragama islam hendaklah memakai pakaian sopan dan tidak menjolok mata serta mengikat rambut dengan kemas.
  5. Memakai kasut bertumit dan bertutup yang tidak melebihi ketinggian dua inci, berwarna gelap (kasut sukan/selipar/sandal tidak dibenarkan).

GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN YANG DITETAPKAN TIDAK AKAN DIBENARKAN MASUK UNTUK MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN

  1. Semua graduan yang setuju hadir diwajibkan membayar yuran konvokesyen sebanyak RM250.00 (sekiranya bayaran dibuat sebelum 30 Jun 2025). Manakala bayaran RM290.00 dikenakan sekiranya bayaran dibuat mulai dan selepas 1 Julai 2025.
  2. Kaedah bayaran boleh dibuat melalui :
    • CDM ATM bank CIMB atau melalui cimbclicks.com.my di nombor akaun 8600732913.
    • Sila hantar bukti pembayaran yuran ke nombor (011-57551962) atas nama Konvokesyen ke-24. Mohon sertakan nama penuh, no kad pengenalan dan nombor telefon pada slip pembayaran tersebut atau;
    • Salinan resit bayaran dibawa semasa hari ‘raptai’ sebagai bukti bayaran telah dijelaskan.
  3. Bayaran yuran Konvokesyen yang telah dibayar tidak akan dikembalikan jika graduan tidak hadir.
  1. Graduan dibenarkan untuk membawa dua orang tetamu sahaja pada hari berlangsung. Tetamu hendaklah melekatkan stiker jemputan dan hendaklah dipamerkan kepada petugas STDC (penyambut tetamu) semasa masuk ke dalam dewan. (Stiker jemputan akan diberikan semasa hari raptai).
  2. Para ibu/bapa/tetamu hendaklah berpakaian rasmi/kebangsaan lengkap/kemeja lengan panjang atau pakaian tertib dan bersopan.
  3. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
  4. Tempat letak kereta adalah mengikut arahan yang ditetapkan oleh bahagian keselamatan lalulintas. Tetamu hendaklah memastikan kenderaan yang diletak tidak menghalang laluan kenderaan lain.
  1. Tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar dalam dewan semasa majlis konvokesyen sedang berlangsung.
  2. Pengambilan gambar di dalam dewan hanya dibenarkan untuk jurugambar professional yang dilantik oleh pihak STDC sahaja.
  3. Gambar graduan akan diambil sebanyak 2 kali, iaitu semasa graduan menerima folder dan sebelum graduan turun daripada pentas.
  4. Selepas majlis penganugerahan konvokesyen tamat, graduan akan bergambar beramai-ramai di dalam dewan bersama jurugambar profesional STDC.
  5. Graduan adalah dibenarkan untuk bergambar bersama ahli keluarga di ruang legar lobi. Sekiranya memerlukan khidmat jurugambar profesional STDC, caj bayaran akan dikenakan.