Career Opportunities at STDC
Home > Contact Us > Internship Opportunities
VACANT POSITIONS
Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) yang dulu dikenali sebagai INPENS International College, merupakan sebuah Institusi Pendidikan Kemahiran di bawah naungan Kerajaan Negeri Selangor milik penuh Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) yang menjalankan kursus-kursus Kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kursus-kursus Profesional ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Kampus Kuala Selangor bagi jawatan seperti berikut:
Jawatan : Pegawai Penilai – Sektor Teknologi Maklumat
Taraf Jawatan : Kontrak
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Mempunyai sekurang-kurangnya DKM Pentadbiran Sistem Komputer (IT-020-4:2013) atau DLKM Pengurusan Sistem Komputer (IT-020-5:2013);
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam Bahasa Melayu;
- Mempunyai Diploma Pengajaran TVET (TVET-I) dan Sijil Induksi PP/PPD/PPB; dan
- Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang pendidikan TVET dan industri.
CARA MEMOHON
Kemukakan resume/cv berserta gambar berukuran passport terkini dan juga salinan sijil dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan melalui email hr@stdc.edu.my atau ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada 25 MEI 2026.
JABATAN SUMBER MANUSIA,
SELANGOR TECHNICAL SKILLS DEVELOPMENT CENTRE (STDC),
JALAN SEMARAK,
45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR.
(u/p: Puan Noridah binti Ismail)
Contact Us
Pegawai untuk dihubungi
Sebarang persoalan berhubung permohonan ini boleh dirujuk kepada pegawai berikut:
Puan Noridah binti Ismail
Eksekutif Sumber Manusia
E-mel : noridah@stdc.edu.my
Tel : 03-32812616/21 – samb. 230/231
INTERNSHIP OPPORTUNITIES
Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) adalah sebuah kolej di bawah naungan Kerajaan Negeri Selangor yang menjalankan kursus-kursus Kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran. STDC berbesar hati mempelawa pelajar yang diiktiraf di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan yang setaraf dengannya untuk menjalani Program Latihan Industri di STDC, dalam bidang pengajian seperti berikut: –
Diploma @ Degree In Accountancy / Permohonan Segera
Penempatan : STDC Kampus Kuala Selangor
SYARAT-SYARAT UMUM
- Lelaki atau perempuan
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik
MANFAAT
- Elaun disediakan
- Kemudahan asrama disediakan (Kampus STDC Kuala Selangor Sahaja)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA PERMOHONAN
- Surat Permohonan Mengikuti Program Latihan Industri daripada Institut Pengajian; dan
- Resume
Kemukakan dokumen-dokumen berkaitan melalui email noridah@stdc.edu.my / wahidah@stdc.edu.my atau ke alamat di bawah.
JABATAN SUMBER MANUSIA,
SELANGOR TECHNICAL SKILLS DEVELOPMENT CENTRE (STDC),
JALAN SEMARAK,
45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR.
(u/p: Puan Noridah binti Ismail)
Contact Us
Pegawai untuk dihubungi
Sebarang persoalan berhubung permohonan ini boleh dirujuk kepada pegawai berikut:
Puan Noridah binti Ismail
Eksekutif Sumber Manusia
E-mel : noridah@stdc.edu.my
Tel : 03-32812616/21 – samb. 230/231