02 Februari 2017 – Hari ini telah berlangsung aktiviti Gotong-Royong Perdana Peringkat INPENS yang bertemakan Bumi Hijau dan turut disertai oleh seramai 32 orang kakitangan PERODUA yang menjalankan aktiviti CSR mereka. Selain itu program ini turut melibatkan kerjasama daripada Jabatan Pertanian Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).
Program ini dijayakan bagi menyatakan sokongan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memansuhkan penggunaan beg plastik bagi tujuan memelihara alam sekitar. Selain itu, kerja-kerja pembersihan juga dilaksanakan untuk menghapuskan t