STDC

Kemudahan

Kenali Kuala Selangor

Kuala Selangor merupakan salah satu daripada sembilan daerah di Selangor. Bagi bakal pelajar ataupun tetamu STDC, mungkin akan bertanya apa yang menarik di Kuala Selangor? 

Kuala Selangor menawarkan persekitaran yang harmoni dan kondusif untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian di STDC. Lokasi bersejarah yang dipenuhi kehijauan alam ini pastinya memukau pengunjung yang datang.

Apa Yang Menarik di Kuala Selangor

Bukit Malawati

Dalam sejarah, Kuala Selangor merupakan salah satu kawasan bagi kubu kuat Kesultanan Selangor yang dibina pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Kawasan ini dinamakan Kota Malawati atau secara lebih amnya, Bukit Malawati. Di sini terdapat monumen lama seperti meriam-meriam dan pelbagai Makam bagi tokoh sejarah Selangor.

Taman Alam Kuala Selangor

Tarikan ini merupakan kawasan hutan paya bakau yang terkenal dengan aktiviti jungle trekking. Bagi mereka yang sukakan udara yang segar lagi bersih, Taman Alam Kuala Selangor sememangnya menjadi pilihan untuk bersiar-siar dan mengembara.Taman Alam Kuala Selangor

Kelip-Kelip Kampung Kuantan

Datanglah dan saksikan keindahan kumbang ‘fireflies’ yang memukau di Kampung Kuantan, Kuala Selangor, di mana ribuan serangga tersebut berkelip-kelip pada pokok bakau di tebing Sungai Selangor. Anda pasti akan terpesona dengan pemandangan yang menakjubkan ini ketika keadaan sekeliling menjadi gelap dan lembap.

SkyMirror

SkyMirror Kuala Selangor atau “Mirror of the Sky” adalah destinasi pelancongan popular yang menawarkan pengalaman yang sangat istimewa. Terletak di Jeram, Kuala Selangor, ia menampilkan pemandangan air laut yang memukau seperti cermin pada waktu-waktu tertentu.