STDC

Pelajar

Majlis Konvokesyen STDC

Setelah menamatkan pengajian di STDC, pelajar akan melalui adat istiadat Majlis Konvokesyen untuk mendapatkan sijil rasmi penamatan pengajian. Ikuti garis panduan yang berikut untuk memastikan Majlis Konvokesyen anda dapat disempurnakan dengan baik.

1. Pakaian Graduan Lelaki

  • a. Jubah akademik disediakan oleh pihak Kolej untuk dipinjamkan kepada setiap graduan lelaki.
  • b. Wajib memakai baju kemeja berwarna putih, bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam.
  • c. Wajib memakai kasut bertutup berwarna hitam dan stokin berwarna hitam.
  • d. Rambut hendaklah dipotong pendek, disikat rapi dan tidak mencecah kolar baju serta telinga.
  • e. Graduan yang mewarnakan rambut selain warna hitam tidak dibenarkan masuk.




2. Pakaian Graduan Perempuan

  • a. Jubah akademik disediakan oleh pihak kolej untuk dipinjamkan kepada setiap graduan wanita.
  • b. Wajib memakai baju kurung bagi yang beragama islam dan diwajibkan bertudung.
  • c. Graduan yang bukan beragama islam hendaklah memakai pakaian sopan dan tidak menjolok mata serta mengikat rambut dengan kemas.
  • d. Memakai kasut bertutup dengan ketinggian tumit tidak melebihi dua inci.
  • e. Graduan tidak dibenarkan memakai sandal.
  •  
  1. Tarikh mengambil jubah konvo adalah pada sehari sebelum majlis berlangsung iaitu selepas tamat majlis raptai sahaja.
  2. Graduan digalakkan untuk menggosok/seterika jubah setelah menerimanya supaya tidak kelihatan berkedut. Jika terkoyak, graduan perlu membayar kos jubah tersebut.
  3. Semua jubah hendaklah dipulangkan dalam keadaan elok selepas tamat Majlis Konvokesyen iaitu sebelum jam 1.00 tengahari pada hari yang sama.
  4. Denda akan dikenakan sebanyak RM10.00 kepada graduan yang lewat memulangkan jubah STDC, dan caj RM1.00 akan dikenakan pada hari berikutnya.
  5. Graduan yang ingin mengambil gambar kenangan bersama keluarga boleh bergambar selepas mendapat jubah (sebelum hari konvokesyen) atau \ di studio STDC yang disediakan di ruang legar dewan selepas majlis.
  6. Graduan tidak dibenarkan meminda/mengubahsuai mana-mana bahagian jubah STDC yang dipinjamkan. Jika didapati ada, caj bayaran akan dikenakan.
  1. Para Graduan yang hadir pada hari penganugerahan dikehendaki mendaftar kepada Jawatankuasa Pendaftaran sebelum majlis bermula (seawal jam 8:00 pagi).
  2. Kad nama akan diberikan kepada setiap graduan.
  3. Kad nama hendaklah disimpan dengan baik untuk diberikan kepada pengacara majlis sebelum graduan menerima ‘folder’ masing-masing.

Akan dimaklumkan kemudian di dalam surat tawaran majlis konvokesyen.   

  1. Setiap graduan akan diberi satu kad jemputan iaitu semasa hari raptai konvokesyen dan dibenarkan untuk membawa dua (2) orang tetamu sahaja pada hari tersebut. Tetamu hendaklah membawa dan menunjukkan kad jemputan kepada petugas penyambut tetamu untuk masuk ke dalam dewan. Para tetamu yang tidak membawa kad jemputan tidak akan dibenarkan masuk ke dalam dewan.
  2. Para graduan diminta memaklumkan kepada ibu/bapa/tetamu supaya mereka berpakaian rasmi/kebangsaan lengkap/kemeja lengan panjang atau berpakaian tertib dan sopan.
  3. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
  4. Tempat letak kereta adalah mengikut arahan yang ditetapkan oleh bahagian keselamatan lalu lintas. Tetamu hendaklah memastikan kenderaan yang diletak tidak menghalang laluan kenderaan lain.
  1. Tidak dibenarkan sama sekali mengambil sebarang gambar dalam dewan konvokesyen semasa majlis sedang berlangsung.
  2. Pengambilan gambar di dalam dewan hanya dibenarkan kepada jurugambar professional yang dilantik oleh pihak STDC sahaja.
  3. Gambar akan diambil sebanyak 2 kali iaitu sewaktu graduan sedang menerima sijil dan sebelum turun daripada pentas.
  4. Selepas majlis penganugerahan konvokesyen tamat, graduan akan bergambar beramai-ramai bersama jurugambar profesional.
  5. Jika bergambar dengan ahli keluarga di luar kawasan majlis, adalah dibenarkan dan diatur sendiri oleh graduan. Sekiranya memerlukan khidmat jurugambar profesional STDC yang dilantik, caj bayaran akan dikenakan.
  6.  
  1. Graduan diwajibkan menghadiri Majlis Raptai/Rehearsal yang akan diadakan sehari sebelum majlis berlangsung pada jam 9.30 pagi di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SUK), Shah Alam
  2. Kehadiran graduan pada hari raptai/rehearsal adalah wajib untuk menentukan kedudukan tempat dan latihan sebenar yang akan dilakukan pada hari tersebut. Graduan yang tidak menghadiri raptai tidak akan dibenarkan masuk ke dalam dewan pada hari Majlis Konvokesyen. Bayaran yuran Konvokesyen yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
  3. Pastikan rambut dan pakaian graduan adalah mengikut spesifikasi dalam Garis Panduan dan Peraturan Am Pelajar.
  4. Graduan akan diberi taklimat dan tunjuk cara mengenai tatacara ketika menerima ‘folder’ di atas pentas mengikut jabatan masing-masing yang akan diumumkan.