STDC

Pelajar

Belajar di STDC

STDC ditubuhkan pada tahun 1993 sebagai INPENS International College dengan fokus pada bidang akademik. Kemudian pada tahun 2006, STDC beralih kepada fokus pendidikan dalam bidang Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET). Sebagai usaha untuk memperkukuhkan institusi pendidikan ini sebagai pusat TVET di Selangor, kerajaan negeri telah menjenamakan semula institusi ini sebagai STDC pada 25 Ogos 2020.

Kehidupan Kampus

STDC menyediakan lingkungan pembelajaran positif dan komuniti yang mesra untuk pelajar dari latar belakang dan minat yang berbeza. Di kampus terdapat banyak aktiviti dan kemudahan moden untuk pelajar berkembang dan mencapai potensi penuh mereka.

Kursus yang Ditawarkan

Lokasi

Lokasi STDC yang menarik terletak di Bandar Malawati, Kuala Selangor dan dikelilingi dengan tempat menarik seperti Bukit Malawati dan Fireflies Kampung Kuantan. Pelajar tidak perlu risau tentang kemudahan asas kerana kawasan tersebut mempunyai akses yang mudah ke barangan harian dan kemudahan rekreasi.

Kemudahan

Pengajaran Dan Pembelajaran

STDC menyediakan pelbagai kemudahan seperti dewan/bilik kuliah, makmal komputer, makmal PLC, makmal elektronik, Wiring Bay, bengkel automotif, bengkel motosikal, bengkel penyamanan udara, bengkel kecantikan, dapur kulinari & pastri.

Surau As-Salam

Surau ini boleh memuatkan seramai 400 jemaah pada satu-satu masa dengan keluasan 3,000 kaki persegi

Kemudahan Sukan

Kemudahan Sukan STDC terdiri daripada padang bola, gelanggang futsal, gelanggang bola jaring, gelanggang bola tampar, gelanggang sepak takraw dan gelanggang basketball.

Auditorium

Auditorium ini boleh memuatkan 500 orang pada satu-satu masa. Auditorium ini digunakan untuk majlis-majlis rasmi Kolej.

Mini Auditorium

Mini Auditorium ini boleh memuatkan 60 orang pada satu-satu masa.

Bilik Korporat

Bilik Korporat ini boleh memuatkan 50 orang pada satu-satu masa.

Pusat Sumber

Sehingga akhir tahun 2016, jumlah koleksi bahan di perpustakaan adalah sebanyak 1,000 judul bahan bercetak. Koleksi ini merangkumi bahan rujukan berkaitan bidang-bidang teknikal seperti automotif, elektrikal, elektronik, kecantikan, mekanikal, pembuatan dan ICT. Terdapat juga koleksi bidang saintifik seperti fizik, kimia, matematik serta bacaan umum.

Portal E-Learn

Portal E-Learn merupakan portal untuk pengajar dan pelajar berkongsi bahan pengajaran dan pembelajaran disamping sebagai medium interaksi dua hala antara pengajar dan pelajar bagi sebarang permasalahan mahupun pertanyaan antara pelajar dengan pengajar.

Kafeteria

Kafeteria STDC menyediakan pelbagai pilihan makanan yang pelbagai untuk semua warga kampus. Terdapat 3 kafeteria yang disediakan kepada para pelajar dan salah satu daripadanya untuk para staf STDC dan pelawat.

Kemudahan Asrama

STDC menyediakan kemudahan penginapan di dalam kampus kepada pelajar-pelajarnya. Terdapat asrama yang berlainan untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki adalah dilarang untuk memasuki asrama perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Setiap asrama dilengkapi dengan perabot dan dipantau oleh staf dan pengawal keselamatan.