STDC

Kursus

Pembuatan Pakaian Wanita / C-141-005-2:2021 (Tahap 2)

Tekstil & Pakaian

Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada rekaan fesyen pembuatan pakaian wanita terkini. Sebagai trend semasa dalam kombinasi warna dalam dunia fesyen, pelajar akan mengadakan pertunjukan fesyen sebagai salah satu cara untuk menonjolkan bakat mereka di dalam menguasai dunia rekaan fesyen. Pelajar diperkenalkan dengan teknik memotong, menjahit dan menguasai mesin-mesin jahit terkini supaya mereka dapat memahami pengenalan awal kepada senario industri fesyen di negara ini.

Syarat Kemasukan 

  1. Berumur 16 tahun
  2. Boleh membaca, mengira dan menulis

Tahap Pembelajaran 

  1. C-141-005:2021 (Tahap 2) – Pembuatan Pakaian Wanita

Tempoh Pembelajaran

  1. 12 Bulan

PELUANG KERJAYA​

  • Usahawan butik jahitan.
  • Tenaga pengajar di institusi kemahiran dan vokasional jika melanjutkan pengajian.
  • Terlibat dalam rekaan dan pemilihan kostum majalah & televisyen.
  • Terlibat dalam industri import pakaian ke luar negara.
  • Menjadi pembekal pakaian seragam atau sekolah.
  • Membuka akademi / kelas jahitan persendirian.
  • Penyelia di kilang-kilang jahit pakaian.
  • Menjadi tukang jahit di butik jahitan.
  • Menjadi pereka fesyen.