STDC

Mengenai STDC

Peneraju Latihan Kemahiran Budaya Saing

STDC ditubuhkan pada tahun 1993 sebagai INPENS International College dengan fokus pada bidang akademik. Kemudian pada tahun 2006, STDC beralih kepada fokus pendidikan dalam bidang Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET). Sebagai usaha untuk memperkukuhkan institusi pendidikan ini sebagai pusat TVET di Selangor, kerajaan negeri telah menjenamakan semula institusi ini sebagai STDC pada 25 Ogos 2020.

Demi Masa Hadapan Yang Lebih ‘Smart’​

STDC adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk memenuhi permintaan industri yang kompetitif dalam bidang Industri 4.0. STDC menawarkan kursus-kursus kemahiran dan juga kursus jangka pendek profesional yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan Suruhanjaya Tenaga dengan kerjasama industri.

Visi STDC dan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk melahirkan pekerja mahir, usahawan berkualiti, dan berdaya saing untuk memenuhi keperluan industri semasa dan akan datang. STDC membantu meningkatkan taraf hidup rakyat Selangor dan pembangunan negeri selaras dengan perkembangan Industri 4.0 dan menuju Smart State.

Visi & Misi STDC

Visi

Peneraju Latihan Kemahiran Berdaya Saing

Misi

Melahirkan pekerja berpengetahuan, berkemahiran, berketerampilan, berdaya saing dan berkepimpinan menerusi pendidikan serta latihan yang bersepadu.

Logo STDC

STDC adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk memenuhi permintaan industri yang kompetitif dalam bidang Industri 4.0. STDC menawarkan kursus-kursus kemahiran dan juga kursus jangka pendek profesional yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan Suruhanjaya Tenaga dengan kerjasama industri.

Visi STDC dan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk melahirkan pekerja mahir, usahawan berkualiti, dan berdaya saing untuk memenuhi keperluan industri semasa dan akan datang. STDC membantu meningkatkan taraf hidup rakyat Selangor dan pembangunan negeri selaras dengan perkembangan Industri 4.0 dan menuju ke arah negeri pintar.

Lagu STDC

Pendidikan berkualiti,
Membangun peribadi,
Pemangkin ekonomi,
Generasi Terkini,Transformasi dan berinovasi

Kemahiran dan vokasional,
Pilihan yang utama,
Bertaraf dunia terkenal antrabangsa,
STDC,
Hebat dan berjasa

Aspirasi Selangor terkini,
STDC S.T.D.C
Melahirkan graduan yang berkualiti,
STDC S.T.D.C
Inisiatif dan komitmen,
Negeri Selangor,
Menjana pendapatan tinggi

Kaulah graduan,
Generasi hadapan,
Berilmu dan berkemahiran,
Jana pertumbuhan,
Untuk pelajar dan pemberdayaan,
Anak muda kau tonggak negara.

STDC GO GO GO
STDC GIVE ME MORE
STDC NEVER REST
STDC YOU’RE THE BEST

Aspirasi Selangor terkini,
STDC S.T.D.C
Melahirkan graduan yang berkualiti
STDC S.T.D.C
Inisiatif dan komitmen,
Negeri Selangor,
Menjana pendapatan tinggi

STDC Kaulah Inspirasi
GO GO STDC
GO GO STDC

Galeri Gambar

Struktur Pengurusan STDC

Maklumat sedang dikemaskini : Carta Organisasi, Lembaga Pengarah, Pengurusan