STDC

Peluang Kerjaya di STDC

JAWATAN KOSONG

Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) yang dulu dikenali sebagai INPENS International College, merupakan sebuah Institusi Pendidikan Kemahiran di bawah naungan Kerajaan Negeri Selangor milik penuh Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) yang menjalankan kursus-kursus Kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kursus-kursus Profesional ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Kampus Kuala Selangor bagi jawatan seperti berikut:

Jawatan : Penyelia Asrama
Taraf Jawatan : Kontrak
SYARAT KELAYAKAN
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau setaraf dengannya;
  4. Mempunyai kemahiran ‘multi-tasking’;
  5. Mahir menggunakan komputer dan cekap dalam mempelajari perisian baharu;
  6. Mempunyai lesen memandu Kelas D; dan
  7. Mempunyai pengalaman bekerja sebagai Penyelia Asrama adalah satu kelebihan dan keutamaan.
CIRI-CIRI PERSONALITI
  1. Fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa Melayu. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan.
  2. ⁠Mempunyai ciri – ciri kepimpinan
  3. ⁠Kemahiran komunikasi yang baik dalam linkungan kepelbagaian budaya.
  4. ⁠Sentiasa menunjukkan komitmen ke arah pembangunan kerja.
  5. ⁠Berupaya bekerja secara berpasukan atau individu.
  6. ⁠Teliti, komited dan mampu bekerja dalam keadaan tekanan tinggi untuk menepati sasaran kerja dalam tempoh yang singkat.
  7. ⁠Berintegriti dan mempunyai kewibawaan yang tinggi dalam menyimpan kerahsiaan STDC.
  8. ⁠Tidak merokok.
CARA MEMOHON

Kemukakan resume/cv berserta gambar berukuran passport terkini dan juga salinan sijil dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan melalui email hr@stdc.edu.my atau ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada 31 DISEMBER 2025.

JABATAN SUMBER MANUSIA,
SELANGOR TECHNICAL SKILLS DEVELOPMENT CENTRE (STDC),
JALAN SEMARAK,
45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR.
(u/p: Puan Noridah binti Ismail)

Hubungi Kami

Pegawai untuk dihubungi

Sebarang persoalan berhubung permohonan ini boleh dirujuk kepada pegawai berikut:

Puan Noridah binti Ismail

Eksekutif Sumber Manusia
E-mel : noridah@stdc.edu.my
Tel : 03-32812616/21 – samb. 230/231

PELUANG LATIHAN INDUSTRI

Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) adalah sebuah kolej di bawah naungan Kerajaan Negeri Selangor yang menjalankan kursus-kursus Kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran. STDC berbesar hati mempelawa pelajar yang diiktiraf di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Ijazah Sarjana Muda untuk menjalani Program Latihan Industri di STDC, dalam bidang pengajian seperti berikut: –

  • Diploma Multimedia @ Bachelor of Communication and Media / Permohonan Segera
Penempatan
  • STDC Kampus Kuala Selangor
Syarat-Syarat Umum
  • Lelaki atau perempuan
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik
Manfaat
  • Elaun disediakan
  • Kemudahan asrama disediakan (STDC Kampus Kuala Selangor Sahaja)
Dokumen yang diperlukan semasa permohonan

Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan untuk menjalani program latihan industri di STDC adalah:

  1. Surat Permohonan Mengikuti Program Latihan Industri daripada Institut Pengajian; dan
  2. Resume

Jika berminat, emelkan permohonan anda ke  noridah@stdc.edu.my/ wahidah@stdc.edu.my

Hubungi Kami

Pegawai untuk dihubungi

Sebarang persoalan berhubung permohonan ini boleh dirujuk kepada pegawai berikut:

Puan Noridah binti Ismail

Eksekutif Sumber Manusia
E-mel : noridah@stdc.edu.my
Tel : 03-32812619/2617/2621 – samb. 230/231