STDC

Pelajar

Pembiayaan Pengajian

Setiap individu mempunyai hak mendapatkan pendidikan yang berkualiti. STDC menawarkan pembiayaan pengajian kepada mereka yang berkelayakan.

Biasiswa Pendidikan

Biasiswa ini diberikan oleh Badan Kerajaan dan juga swasta sebagai tajaan penuh yuran pengajian kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan.

1. INISIATIF KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN IKHTISAS SMART SELANGOR (IKTISASS)

Syarat Kelayakan Umum Bagi Pelatih Program IKTISASS Tahfiz

  1. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia;
  2. Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor;
  3. Pemohon telah bermastautin lebih 12 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN, Penghulu, Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung, Pengerusi Taman Perumahan dan lain-lain yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  4. Merupakan pelajar tahfiz yang masih atau pernah menuntut di sekolah atau institusi tahfiz yang diiktiraf oleh mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor; atau 
  5. Lulus Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau setaraf dan ujian 3M;
  6. Berumur daripada 16 tahun hingga 21 tahun sahaja;
  7.  Penajaan pelajar / pelatih akan memberi keutamaan kepada kategori keluarga berpendapatan B40 dan M40; 
  8. Pelajar diminta berkhidmat dengan entiti perniagaan / institusi / industri yang berdaftar atau beralamat di Negeri Selangor mengikut tempoh yang akan ditetapkan berdasarkan perjanjian;
  9.  Pemohon lulus temu duga yang diurus setia oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (jika ada);
  10. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal IKTISASS dan tertakluk kepada pindaan yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Syarat Kelayakan Umum Bagi Pelatih Program IKTISASS Tahfiz

  1. Tidak menerima tajaan atau mana-mana tawaran pinjaman pendidikan dari institusi selain daripada tajaan di bawah Program Kemahiran Teknikal Negeri Selangor;

  2. Kehadiran ke sesi kuliah seperti yang telah ditetapkan oleh STDC perlu mencapai sekurang-kurangnya 80%. Sekiranya tidak hadir ke sesi kuliah, pelajar wajib mengemukakan bukti dan alasan munasabah (seperti masalah kesihatan/kemalangan) secara bertulis kepada pihak STDC;

  3. Tidak berhenti/tidak menamatkan pengajian lebih awal. Sekiranya pelajar berhasrat menamatkan pengajian lebih awal, pelajar wajib mengemukakan bukti serta alasan/justifikasi kukuh (seperti mengalami masalah kesihatan/Kemalangan) secara bertulis kepada pihak STDC;

  4. Memastikan keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya Lulus;

  5. Sentiasa berkelakuan baik dan tidak terlibat dengan masalah disiplin atau jenayah; dan

  6. Memaklumkan kepada pihak pengurusan STDC sekiranya telah keluar atau tidak lagi menetap di asrama.

  7. Pelajar tidak menukar atau menangguhkan atau meninggalkan latihan kemahiran seperti yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan tanpa mendapat kebenaran BPSM;

  8. Sekiranya pelajar didapati tidak mematuhi perkara-perkara di atas serta menyembunyikan maklumat-maklumat tertentu, maka Kerajaan Negeri Selangor berhak menarik balik penajaan serta pelajar WAJIB membayar semula keseluruhan tajaan ini kepada Kerajaan Negeri Selangor.

2. LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Syarat Permohonan Bantuan Pendidikan Di Bawah Asnaf Fakir/Miskin/Muallaf Lembaga Zakat Selangor

  1. Permohonan adalah terdiri daripada anak-anak asnaf Fakir/Miskin/Muallaf tahun semasa Lembaga Zakat Selangor.
  2. Melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS yang menjadi panel Lembaga Zakat Selangor Sahaja.
  3. Pendaftaran secara online.
  4. Surat kelulusan bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi.
  5. Beragama Islam.
  6. Warganegara Malaysia/Pemastautin tetap (PR)
  7. Lahir dan menetap di negeri Selangor, bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil)
  8. Semua kursus yang ditawarkan di STDC adalah ditaja.

Pinjaman Pendidikan

Penerima pinjaman pendidikan ini perlu membayar jumlah pinjaman sebagaimana syarat yang dikenakan.

1. PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK)

Syarat Permohonan Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

1. Warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 45 tahun.
2. Mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sepenuh masa yang diluluskan oleh Perbadanan.
3. Telah disahkan berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
4. Berasal daripada keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
5. Tidak mendapat bantuan kewangan penuh daripada mana-mana agensi kerajaan yang lain.
6. Semua kursus yang ditawarkan di STDC adalah ditaja.