STDC

Kursus

Kursus Asas Servis Penyelenggaraan Motosikal

Tempoh: 5 hari 

Pengenalan:

Kursus ini adalah  untuk mengajar anda kemahiran asas penyelenggaraan motosikal. Anda juga akan menerima panduan tentang prinsip asas keusahawanan, membolehkan anda membuka bengkel motosikal dengan jayanya.

Struktur:

1. Anda akan mempelajari kaedah-kaedah:

  1. Menukar tayar/tiub/cucuk cacing
  2. Tukar minyak pelincir dan oil filter
  3. Memasang rantai dan laras.
  4. Bleeding brake hydraulic
  5. Membuka dan pasang roda

2. Asas keusahawanan

  1. Senarai peralatan usahawan mobile
  2. Teknik dan kaedah promosi menggunakan aplikasi Canva

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus, pelajar akan dapat: 

  • Sijil Perakuan. 
  • Keupayaan untuk melakukan penukaran minyak dan menggantikan penapis minyak dan udara untuk prestasi yang optimum.
  • Kemahiran untuk memelihara sistem brek dengan berkesan, memastikan kuasa brek yang optimum.
  • Memahami kepentingan pembersihan, pelinciran dan pelarasan rantai yang betul untuk mengekalkan prestasi motosikal.
  • Kemahiran pemeriksaan tayar, melaraskan tekanan tayar, dan menggantikan tayar apabila perlu untuk pengendalian dan keselamatan yang lebih baik.
  • Prinsip asas keusahawanan & menggunakan kit aplikasi digital seperti Canva sebagai landasan pelancaran untuk memulakan perniagaan bengkel motosikal.

PELUANG KERJAYA​