STDC

Media

Berita

STDC dan Hannover Fair Asia Pacific Meterai Kerjasama Strategik Bagi Menjayakan STS2026

Jumaat, 8 Mei 2026: Selangor Technical Skills Development Centre, STDC hari ini telah mengadakan satu pertemuan strategik bersama Hannover Fair Asia Pacific di pejabat Hannover Messe, Sydney bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam penganjuran Selangor TechSphere Summit 2026 (STS26). Delegasi STDC telah diketuai oleh Tuan Haji Nazri bin Noh bersama Dato Zamani Ahmad bin Mansor serta barisan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Operasi STDC.

Pertemuan tersebut turut menyaksikan majlis menandatangani Letter of Intent (LOI) antara STDC, yang diwakili oleh Dr Harizal B. Hamid, dan Hannover Fair Asia Pacific yang diwakili oleh Tim Bostridge sebagai langkah awal dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak ke arah menjayakan STS26 di peringkat antarabangsa.

Selangor Techsphere Summit 2026 dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 17 Oktober 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan merupakan penganjuran kali kedua oleh STDC selepas kejayaan edisi sulung sebelum ini.

Kerjasama strategik ini dijangka membuka lebih banyak peluang jaringan global, penglibatan pemain industri antarabangsa serta kolaborasi dalam bidang teknologi, inovasi dan pembangunan bakat. Inisiatif ini juga diyakini mampu memperkukuhkan kedudukan STS26 sebagai platform teknologi dan inovasi bertaraf antarabangsa yang memberi impak kepada pembangunan ekosistem industri dan modal insan negara.

#STDC#STS26#HFAP#HannoverMesse#SelangorTechSphereSummit#Technology#Innovation#Selangor