Skip to main content

STDC

Media

Berita

STDC SERTAI DELEGASI INVEST SELANGOR KE BANDUNG, INDONESIA

Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) telah menyertai delegasi Invest Selangor dalam program Forum Bisnis SIBS@ASEAN di Bandung, Jawa Barat, Indonesia pada 9 hingga 10 Julai 2026.

Sebagai wakil dalam sektor pendidikan, penglibatan STDC memberi tumpuan kepada usaha memperkenalkan Selangor sebagai destinasi pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti, di samping mempromosikan peluang kepada pelajar Indonesia untuk melanjutkan pengajian di Selangor, Malaysia.

Penyertaan ini turut membuka ruang bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan, industri dan agensi berkaitan di Selangor dan Indonesia. Melalui platform ini, STDC komited untuk memperluas akses kepada pendidikan TVET, latihan profesional dan pensijilan industri yang relevan dengan keperluan pasaran pekerjaan masa hadapan.

Penglibatan STDC dalam delegasi ini mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam menyokong usaha Kerajaan Negeri Selangor memperluas hubungan serantau serta menjadikan Selangor sebagai hab pendidikan, pembangunan bakat dan kemahiran bertaraf antarabangsa.

#STDC #STDCX #InvestSelangor #SISBASEAN #SelangorMalaysia #StudyInSelangor #TVETSelangor #PendidikanTVET #PembangunanBakat #SelangorMajuBersama #MalaysiaIndonesia