26 Jun 2026 : STDC-X Shah Alam : STDC-X berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pembangunan bakat, penglibatan industri, transformasi digital dan inovasi TVET.
Sesi perbincangan memberi fokus kepada peluang kerjasama dalam program pensijilan profesional, pembangunan kompetensi tenaga kerja, teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) serta inisiatif yang mampu memenuhi keperluan industri masa hadapan.
Delegasi APU turut mengadakan lawatan ke fasiliti latihan STDC-X bagi melihat ekosistem pembelajaran berasaskan industri serta pelbagai program pensijilan profesional bertaraf antarabangsa yang ditawarkan.
Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama strategik yang lebih kukuh dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan memperkasa ekosistem TVET negara.
#STDC#STDCX#APU#TVET#IndustryCollaboration#TalentDevelopment#DigitalTransformation#Innovation






