Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) telah dipilih sebagai salah satu organisasi yang menyertai Berkeley Innovation Forum Asia (BIF Asia) 2026 yang berlangsung di Taipei, Taiwan dari 5 hingga 8 Jun 2026.
Forum berprestij ini menghimpunkan pemimpin industri, syarikat teknologi bertaraf dunia, pelabur global, institusi akademik terkemuka serta pakar inovasi antarabangsa bagi membincangkan perkembangan terkini dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi maju, pembangunan bakat dan transformasi digital.
Sebagai sebahagian daripada rangkaian inovasi global yang dipacu oleh University of California, Berkeley, penyertaan STDC mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama strategik antarabangsa, meneroka peluang pembangunan modal insan berkemahiran tinggi serta memperluaskan jaringan global dalam bidang teknologi dan inovasi.
Penyertaan ini juga selari dengan aspirasi STDC untuk menyokong agenda Negeri Selangor dalam membangunkan ekosistem bakat masa hadapan yang berdaya saing, berteraskan teknologi dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi global.
Melalui platform ini, STDC terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju pembangunan bakat TVET, teknologi dan inovasi yang mampu menghubungkan bakat tempatan dengan peluang serta rangkaian industri di peringkat antarabangsa.





