STDC

Media

Galeri

STDC TEROKA KERJASAMA STRATEGIK STEM, TVET AI DAN ROBOTIK BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, 12 Jun 2026 – Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) telah mengadakan kunjungan rasmi ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam memperkasa pembangunan bakat masa hadapan melalui program STEM, TVET, Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik.

Delegasi STDC telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif STDC, Dr. Harizal B. Hamid, bersama wakil daripada Legend College Preparatory, sebuah institusi pendidikan yang berpengkalan di Silicon Valley, Amerika Syarikat.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Datin Wan Nor Ashikin Binti Abu Kassim, bersama barisan pengurusan jabatan.

Perbincangan memberi fokus kepada potensi kerjasama dalam memperluaskan akses pelajar sekolah di Selangor kepada program-program berimpak tinggi yang menggabungkan elemen STEM, TVET, AI, robotik serta teknologi masa hadapan melalui jaringan kerjasama antarabangsa yang melibatkan University of California, Space Center Houston dan Legend College Preparatory.

Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Negeri Selangor untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing di peringkat global serta memiliki kemahiran teknologi tinggi yang memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital masa hadapan.

Melalui kerjasama strategik ini, STDC berharap dapat membuka lebih banyak laluan pendidikan dan pembangunan bakat bertaraf antarabangsa kepada pelajar Selangor, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan, robotik, aeroangkasa, teknologi digital dan inovasi.

Kunjungan ini turut mencerminkan komitmen berterusan STDC dalam memperkukuh ekosistem pendidikan TVET dan STEM negeri melalui jaringan kerjasama dengan institusi pendidikan, industri serta organisasi global yang berprestij.

#STDC#STDCx#TVETSelangor#STEMSelangor#ArtificialIntelligence#AIRobotics#FutureTalent#SiliconValley#UniversityOfCalifornia#SpaceCenterHouston#PendidikanMasaHadapan#SelangorMajuBersama#TVETUntukMasaDepan#MBISelangor