8 September 2026 | STDC-X Shah Alam & STDC Kuala Selangor
STDC telah menerima kunjungan hormat delegasi seramai lima orang dari Guangdong Women Polytechnic College , China, dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET).
Lawatan dimulakan di STDC-X Shah Alam sebelum diteruskan ke STDC Kuala Selangor. Sepanjang sesi pertemuan, kedua-dua pihak bertukar pandangan dan membincangkan potensi kerjasama strategik, khususnya berkaitan pelaksanaan program bersama serta pertukaran pelajar antara kedua-dua institusi.
Delegasi turut dibawa melawat kemudahan latihan di Sektor Teknologi Maklumat dan Sektor Kulinari STDC Kuala Selangor bagi melihat sendiri pelaksanaan pembelajaran, kemudahan latihan serta pendekatan pembangunan kemahiran yang diterapkan kepada para pelajar STDC.
Kunjungan ini membuka ruang kepada penerokaan peluang kerjasama yang lebih luas dalam aspek pembangunan kurikulum, perkongsian kepakaran, mobiliti pelajar dan tenaga pengajar serta pelaksanaan program latihan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
STDC komited untuk terus memperluas jaringan strategik antarabangsa dalam usaha melahirkan bakat TVET yang berkemahiran, berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan industri global.
#STDC#STDCX#KitaSelangor#TVETSelangor#TVETMalaysia#MalaysiaChina#InternationalCollaboration#StudentExchange#FutureReadyTalent






