STDC

Media

Berita

KAKITANGAN SYABAS SERTAI KURSUS HIASAN KEK
Tarikh : 14 Ogos 2018

Sektor Kulinari & Pastri INPENS hari ini menjalankan kursus hiasan kek buttercream dan coklat khusus untuk peserta-peserta dari SYABAS Kuala Selangor. Seramai 16 orang peserta telah terlibat dalam kursus selama setengah hari tersebut. Puan Nur Waheeda Abdul Rahman yang juga ketua sektornya berkata, rata-rata peserta yang hadir menunjukkan kreativiti yang menarik dalam menghias kek masing-masing. Sesi kemasukan seterusnya untuk kursus pastri di INPENS adalah pada Januari 2019 nanti.

#CemerlangBerasamaINPENS