STDC telah menerima sijil penghargaan di atas penglibatan Sektor Kejuruteraan Elektrik dalam kerja-kerja baikpulih sistem pendawaian elektrik di rumah-rumah kediaman yang terjejas banjir di Sri Muda, Shah Alam.
Misi ini telah dijalankan pada 28 Disember sehingga 31 Disember 2021 yang lalu mensasarkan kepada pemeriksaan & baikpulih sistem elektrik di rumah kediaman.
Ini merupakan inisiatif kedua SKE STDC bekerjasama dengan Persatuan Personel Lantikan JPK selain daripada usahasama dengan MBSA bagi program baikpulih peralatan elektrik di kawasan yang sama.
Sijil telah disampaikan oleh Pengarah CIAST, Pn Hajah Zuleah Binti Darsong & Pengerusi Persatuan Personel Lantikan Jpk, Tn Hj Ab Jalil Bin Md Nor.
Dari Sektor Elektrik STDC.
#melahirkangraduanindustrimasahadapan
#sektorelektrik
#mbsa
#jpk
#diagnosiskerosakanbaranganelektrik