STDC

Media

Berita

PERODUA SUMBANG KERETA UNTUK PEMBELAJARAN DI INPENS
Tarikh : 27 Julai 2017

INPENS telah menerima sumbangan sebuah Perodua Myvi bagi tujuan pembelajaran di Sektor Teknologi Automotif INPENS. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Muhammad Hafiz Ali, Pegawai Komunikasi Korporat Perodua. Hafiz berkata sumbangan tersebut merupakan sokongan Perodua terhadap usaha murni INPENS dalam melatih belia Malaysia untuk mempelajari  bidang automotif. Perodua dalam masa sama memuji usaha INPENS untuk menyediakan kemudahan yang kondusif kepada para pelajarnya.

              INPENS yang diwakili Jefri Mejan, Pengurus Komunikasi Korporat INPENS berkata pembelajaran secara amali yang dijalankan di INPENS sentiasa memerlukan model-model kereta dan motosikal untuk tujuan latihan para pelajar. Pelajar-pelajar bukan sahaja diajar mengenal pasti komponen dan menyelenggara kenderaan malahan didedahkan dengan daya inovasi. Jefri turut berkata, pertambahan bilangan kenderaan di Malaysia menyebabkan keperluan kepada mekanik kenderaan turut bertambah.

              Selain kursus automotif, INPENS turut menawarkan sembilan lagi bidang kemahiran iaitu motosikal, elektrik, elektronik, penyaman udara, kulinari, kecantikan, dandanan rambut, jahitan dan teknologi maklumat. Jefri turut berkata, INPENS melahirkan kira-kira 500 orang graduan mahir setiap tahun manakala pengambilan seterusnya adalah pada Januari 2018. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat mendalami bidang kemahiran di INPENS boleh membuat permohonan segera di laman sesawang INPENS di www.inpens.edu.my, akhiri beliau.

Share