STDC

Media

Berita

SEKITAR PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN INSAN BERTAQWA & BERILMU
Tarikh : 21 Julai 2019

Seramai 80 orang pelajar asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) INPENS ambilan Januari dan April 2019 telah terlibat di dalam Program Latihan Pembangunan Insan Bertaqwa dan Berilmu bertempat di MCL D’ BAMBOO Chalet & Camp, Sungai Gulang-gulang Tanjong Karang pada 20 – 21 Julai 2019. Tujuan program ini diadakan bagi mendedahkan kepada pelajar untuk menjadi pelajar yang berilmu, berakhlak dan berbudi pekerti. Ptogram ini adalah dibawah aktiviti bahagian Hal Ehwal Pelajar INPENS. Acara perasmian telah disempurnakan oleh A.F Ustaz Hj. Mohd Abadi bin Amir, Eksekutif Kanan Pembangunan Pelajar Lembaga Zakat Selangor.