SINGAPURA, 10 Jun 2026 โ Selangor Technical Development Centre (STDC) hari ini telah mengadakan sesi perbincangan strategik bersama wakil Apple Inc. bagi memperkukuh kerjasama sedia ada dalam pembangunan bakat digital, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan aplikasi yang selaras dengan keperluan industri masa hadapan.
Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Pengerusi STDC, Tuan Haji Mohd Nazri Noh, dan turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif STDC, Dr. Harizal Hamid, serta Ketua Operasi STDC Shah Alam, Ts. Muhammad Hakimi Abdullah.
Perbincangan tertumpu kepada perkembangan dan pelaksanaan program Swift with AI, yang kini menjadi antara inisiatif utama dalam memperkasakan bakat digital menerusi penguasaan pembangunan aplikasi dan teknologi kecerdasan buatan menggunakan ekosistem Apple. Sesi tersebut turut memberi peluang kepada pihak STDC untuk mendapatkan pendedahan mengenai perkembangan terkini teknologi AI Apple serta hala tuju inovasi digital yang sedang membentuk landskap teknologi global.
Selain membincangkan pengukuhan pelaksanaan program sedia ada, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai langkah-langkah memperluaskan impak program Apple di STDC agar lebih ramai pelajar, graduan dan tenaga kerja berpeluang memperoleh kemahiran digital yang relevan dengan keperluan industri semasa.
Turut dibincangkan ialah potensi mewujudkan laluan pembangunan bakat yang lebih tersusun bagi membolehkan peserta cemerlang daripada Program Apple STDC meneruskan pembelajaran dan pengayaan kemahiran di Apple Developer Academy, sekali gus memperkukuh kompetensi mereka dalam bidang pembangunan aplikasi, teknologi digital dan kecerdasan buatan bertaraf global.
Perbincangan ini mencerminkan komitmen berterusan STDC dan Apple dalam memperkasakan pembangunan bakat digital negara melalui program latihan yang berorientasikan industri, inovasi dan teknologi masa hadapan. Kerjasama strategik ini juga diyakini mampu menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diperlukan bagi menyokong agenda transformasi digital negara.
Sebagai institusi pembangunan bakat teknikal dan profesional yang komited terhadap kecemerlangan, STDC akan terus memperluaskan kerjasama dengan rakan industri global bagi memastikan para peserta mendapat akses kepada teknologi terkini, pensijilan profesional dan laluan pembangunan kerjaya yang bertaraf antarabangsa.
“Empowering Future Talent, Driving Industry Transformation.”
#STDC#Apple#SwiftWithAI#AppleDeveloperAcademy#ArtificialIntelligence#DigitalTalent#FutureSkills#TVETMalaysia#DigitalTransformation#Innovation#FutureWorkforce#Selangor



