Skip to main content

STDC

Media

Berita

Kerjasama Akademik dan Pendidikan antara STDC dengan College of International Cooperative Education, Harbin Engineering University (HEU).

4 September 2026: Delegasi Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) telah mencatat satu lagi pencapaian penting di Harbin, China, menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan Kerjasama Akademik dan Pendidikan antara STDC dengan College of International Cooperative Education, Harbin Engineering University (HEU).

MoU tersebut mewujudkan kerangka kerjasama akademik dan pendidikan jangka panjang yang merangkumi pertukaran pelajar dan tenaga akademik, pelaksanaan program pendidikan dan latihan bersama, pembangunan kurikulum, inisiatif penyelidikan, seminar akademik, bengkel serta aktiviti lain yang dipersetujui bersama.

Kerjasama ini turut mencerminkan komitmen STDC dalam menyediakan peluang antarabangsa yang lebih luas kepada bakat-bakat Selangor, khususnya dalam bidang kejuruteraan nuklear, teknologi, tenaga dan sains termaju. Melalui inisiatif seperti Program Biasiswa Tenaga Atom atau Atomic Energy Scholarship (AES), individu berbakat berpeluang melanjutkan pengajian pascasiswazah bertaraf dunia di HEU sebelum menyumbangkan pengetahuan dan kepakaran mereka kepada pembangunan industri serta teknologi di Selangor.

Program tersebut diteruskan dengan lawatan dan sesi pertukaran pandangan di College of Nuclear Science and Technology, HEU. Sesi ini menyediakan platform penting kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan potensi kerjasama pada masa hadapan serta memperkukuh hubungan antara institusi.

Pencapaian ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha STDC membangunkan bakat masa hadapan yang berdaya saing di peringkat global, di samping memperluas jaringan kerjasama strategik antarabangsa demi manfaat Negeri Selangor.

#STDC#KitaSelangor#HarbinEngineeringUniversity#MalaysiaChina#NuclearEngineeri