25 Jun 2026: Kuala Selangor: Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) telah mengadakan sesi perbincangan awal bersama Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam penganjuran Pertandingan Rekabentuk Baju Korporat dan T-Shirt bagi keperluan Syarikat KSSB.
Perbincangan ini memberi fokus kepada usaha memperkukuh pembangunan bakat dalam industri tekstil dan fesyen melalui platform pertandingan yang mampu mencungkil kreativiti, meningkatkan kemahiran serta memberi pendedahan kepada peserta terhadap keperluan industri semasa.
Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen STDC dalam memperluaskan jaringan kerjasama strategik bersama rakan industri bagi memperkasakan ekosistem TVET serta melahirkan tenaga kerja kreatif dan berkemahiran tinggi.
Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak program berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada pembangunan modal insan dan industri fesyen di Negeri Selangor.
#STDC#TVET#Fashion#Textile#SkillsDevelopment#IndustryCollaboration#Selangor






